Bismillah...
Assalamualaikum wbt...
Salam
perjuangan, salam kasih dan sayang buat sahabat-sahabat dan anak-anak didik
sekalian...
Moga sentiasa di
dalam lembayung rahmat Allah S.W.T...
Sering kali mendengar
rungutan-rungutan seperti ini, errmmmm bahasa Arab ni susah la... xfaham maksud...
kurang vocab (rungutan kawan2),... "Ustazah, ustazah,,, kenapa kita kena belajar
bahasa Arab?? Ala, susah la nak ingat makna perkataan ni!"..(rungutan comel
anak2 didik)...
Sebenarnya,
mempelajari bahasa Arab ini tidaklah sesukar mana jika kita meminati dan mencintai
bahasa ini dengan mendalam. Lebih –lebih lagi kita kan solat lima waktu.
Ustazah percaya anak-anak ustazah ni cukup solat lima waktu kan? Anak
–anak ustazah kan osem!...
Haa, bacaan dalam
solat yang kita baca tuh dalam bahasa Arab kan? Tanpa kita sedari kita ni dekat
sangat dengan bahasa Arab dan boleh jadi bahasa Arab ini sebagai bahasa kedua selepas
bahasa Melayu yang sering kita gunakan.
Tak salah kalau kita
cuba faham maksud bacaan dalam solat tu kan… ni la salah satu cara untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Arab…
Dari ‘Ali, Rasulullah saw bersabda, “Cintailah bahasa arab
kerana 3 perkara, kerana saya adalah arab, bahasa al-Quran adalah arab dan bahasa
ahli syurga adalah arab.”
Daripada hadis
Rasulullah S.A.W. di atas, seruan baginda supaya umatnya mempelajari dan
mencintai bahasa Arab dengan mendalam. Alangkah indahnya jika kita dapat
menguasai bahasa Arab ini kerana ia memberi kelebihan kepada murid-murid pada
masa akan datang. Anak-anak ustazah tidak usah risau kerana masih belum
terlambat untuk kamu mempelajari bahasa arab dari sekarang. Jom la belajar
bahasa arab bersama ustazah!
Itu sahaja entry
ustazah pada kali ini, semoga antum antunna semua mendapat sedikit input daripada
entry ini dan bolehla berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Teringat sebuah
hadis yang bermaksud :”Sebarkanlah walau satu ayat”.