EDU 3053

Salam Mujahadah...

Bismillah,... 
Alhamdulillah, selesai sudah membina laman web atau blog sendiri sebagai memenuhi tugasan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU 3053. Blog ini tampil sebagai panduan dan rujukan kepada semua pendidik dan murid yang mencari ilham untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab dan meningkatkan kecintaan yang mendalam kepada bahasa Arab. 

Matlamat pelaksanaan tugasan ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada setiap guru pelatih mereka bentuk pengajaran berdasarkan prinsip-prinsip yang perlu diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Melalui tugasan EDU 3053 ini, kami guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam mendapat pendedahan bagaimana untuk menghasilkan pengajaran web melalui blog ini. InsyaAllah, blog ini akan sentiasa dikemas kinikan dari semasa ke semasa untuk tatapan semua. 

Akhir kalam, harapan saya agar antum antunna dapat mengutip ilmu meskipun sedikit daripada singgahan anda di blog ini. Teruskan bersama srikandimujahida...

Senyum sokmo..:)

No comments:

Post a Comment